Untuk Anda

Assalamu’alaikum wr wb

Salam sejahtera

Saya, Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mengalu-alukan apa jua perbincangan untuk kepentingan bersama.

Sila kemukakan apa jua pandangan dan pertanyaan anda untuk kepentingan bersama di dalam ruangan komen di bawah. Insya Allah, saya akan berusaha melapangkan masa untuk menyiarkan pandangan anda atau menjawab pertanyaan anda.

Jika tugas dan komitmen saya menjadi penghalang untuk memberikan respon yang segera kepada anda, saya memohon kesabaran anda.

Salam untuk semua.

25 Comments Add your own

  • 1. cikgunurionline  |  August 28, 2007 at 11:03 pm

    ASSALAMUALAIKUMM…

    SAMA2 KITA BERTEMU & BERJUANG DI ALAM CYBER

  • 2. almerbaui  |  November 17, 2007 at 8:28 am

    assalamualakum saudara.
    saya ingin bertanyakan pendapat ttg perjuangan
    PEKIDA(pertubuhan kebajikan islam dan dakwah malaysia)
    apakah peranan pertubuhan ini..
    dan adakah bagus jika disertai?

    Untuk menyertai sesebuah pertubuhan, kajilah dahulu dasar perjuangannya, perlembagaannya dan arah tuju yang dibawa pemimpinnya. Apa yang lebih penting ialah sesebuah pertubuhan itu mesti menjunjung dan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan hadith.

  • 3. almerbaui  |  December 31, 2007 at 6:43 am

    assalamualaikum saudara yb
    mcm mn sy ingin menyertai pemuda?
    apa prosedurnya?
    adakah layak bg sy yg bekerja dgn krjn pak lah dan ber’kad pengenalan’ lain dr rkyt marhen utk menyertai pemuda?

  • 4. Pok Mat  |  February 28, 2008 at 6:32 pm

    Saya merupakan salah seorang pekerja di kawasan minyak di kerteh. Saya ingin bertanyakan beberapa soalan disini:

    1. Apakah pendapat saudara tentang Income Tax untuk individu?. Apakah ianya sah disisi Islam?
    2. Setahu saya didalam islam kita hanya perlu membayar Zakat pendapatan shj. sekiranya ianya tidak dituntut oleh agama kita maka disini saya mencadangkan supaya isu ini dimasukkan didalam manifesto sempena PRU-12 ini. Saya yakin ia akan menarik perhatian golongan Pekerja profesional di Malaysia.

    Sekian shj.
    terima kasih.

  • 5. Say-D  |  March 4, 2008 at 12:18 pm

    Buat sesuatu tentang pembatalan celup jari dengan dakwat…

  • 6. abufatin  |  March 9, 2008 at 2:58 pm

    bermula era kelantangan suara di parlimen perjuangkan hak rakyat….tahniah atas kemenangan BA ke 12….

  • 7. 1ONE  |  March 10, 2008 at 4:07 am

    Asalamualaikum
    Yb Salahudin Blh bagi alamat mail yb dan alamat mail
    Yb Muhammad Mustafa Dun Demit

  • 8. ahmad yazid bin osman  |  March 15, 2008 at 3:59 pm

    salam kemenangan untuk saudara salahudin ayub

  • 9. qolbulmukmin  |  March 17, 2008 at 4:05 am

    mohon no.hp @ e-mail Muhammad Mustafa Dun Demit

  • 10. qolbulmukmin  |  March 17, 2008 at 4:07 am

    http://bukitmarak.blogspot.com/

  • 11. khairulidris  |  April 4, 2008 at 9:55 am

    salam YB. saya berpendapat YB harus menegur anak2 buah YB dalam memebuat kenyataan lebih2 lagi mengenai isu pakatan rakyat. jangan timbulkan isu siapa yang patut menerajuinya. DSAI pun berkata tidak timbul isu lagi kerana ia masih di peringkat perbincangan. jangan jadi seperti dahulu apabila DAP menarik diri dari gagasan BA. yang penting bekerja lebih kuat untuk menunjukkan kita lebih mampu mentadbir daripada BN.

  • 12. Faruq  |  April 8, 2008 at 7:41 pm

    Kita umat Islam percaya kepada qadak dan qadar. Oleh itu, kita juga mestilah percaya bahawa orang menjadi pemimpin itu pun adalah ditentukan oleh Allah juga. Kalau dalam sebuah negeri ada 1 juta orang, 1 daripadanya adalah pemimpin atau raja atau ketua. Katalah ketua itu bernama Jamal. Bermakna dengan qadak dan qadar Allah adalah Jamal ialah ketua pada masa itu. 999999 orang perlu menerima Jamal sebagai ketua kerana sudah ditentukan oleh Allah. Setiap orang daripada mereka mestilah menerima Jamal sebagai pemimpin dan tidak boleh tidak percaya bahawa Jamal ialah pemimpin nya. Katakan Jamal ialah seorang yang jujur, dan tidak mengamalkan rasuah semenjak dari lahir hingga dia mati.

    Kalau ada usaha untuk menjatuhkan Jamal pun boleh. Tetapi janganlah rakyat menuduh Jamal memberi rasuah sebagai cara untuk menjatuhkan Jamal. Mana-mana rakyat yang membuat tuduhan palsu terhadap Jamal pastinya akan diazab oleh Allah di akhirat.

    Kalau Jamal meninggal dunia, maknanya jatuhlah Jamal dan orang lain jadi ketua.

  • 13. Abuhasif  |  April 15, 2008 at 6:01 am

    Tahniah YB. Selamat ber-blog…

  • 14. Che Jamel bin Jaafar  |  April 19, 2008 at 2:20 pm

    Saudara YB, Saya adalh penyokong PAS yang mengudi dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian. Nampaknya blog YB telah terlalu lama tidak di update. Saya amat memahami YB terlalu sibuk dengan tugas-tugas parti sehingga YB jarang mempunyai masa untuk melawat kawasan, namun saya harap YB atau wakil kepada YB dapat menjenguk-jenguk semula blog ini, sekurang-kurangnya YB dapat mengetahui masaalah rakyat dikawasan YB melalui komen-komen yang mungkin boleh di sampaikan melalui blog ini.

  • 15. amer hafiz  |  April 28, 2008 at 3:49 am

    Pesuruhjaya Pas Perlis perlu ditukar

    Parti-parti pembangkang menang besar pada 8 Mac yang lalu di 5 buah negeri, tetapi hairan bin ajaib perubahan tersebut tidak menjalar ke Perlis sehinggakan Pesuruhjaya Pas Perlis sendiripun gagal mempertahankan kerusinya di DUN Sanglang.

    Nasib baiklah kekalahannya digantikan dengan kemenangan di DUN Simpang Empat, kalau tak, pembangkang tidak ada wakil langsung dalam DUN Perlis.

    Sebagai penyokong Pas di peringkat bawah, saya rasa sudah sampai masanya kepimpinan Pas di peringkat Pusat memikirkan untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya Pas Perlis yang sedang dipegang olih Ustaz Hasyim Jasin kepada pemimpin yang lain pula.

    Pas Perlis tak ketandusan pelapis yang mampu menggantikan Pesuruhjaya sekarang. Haji Ismail Ahmad yang pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Perlis beberapa tahun yang dulu antara yang mampu diketengahkan sebagai Pesuruhjaya Pas Perlis yang baru. Haji Anuar Tahir ataupun Datuk Harun Din pun layak diketengahkan.

    Saya bukanlah nak menyalahkan seratus peratus kekalahan teruk Pas di Perlis kepada Ustaz Hasyim, tetapi saya kecewa walaupun Umno berperang hebat antara kem Shahidan dan Radzi di masa kempen tempohari sehinggakan laporan polis banyak dibuat, tetapi Pas gagal memanfaatkan peluang keemasan sekurang-kurangnya mampu menambah bilangan kerusi di DUN Perlis untuk menjadi pembangkang yang kuat.

    Sudah sampai masanya juga Pengarah Pilihanraya Pas Negeri yang sekarang dipegang oleh Karim Mat Rejab digantikan kepada orang lain. Pas Perlis perlukan kepimpinan baru yang lebih segar, terbuka dan berorientasikan rakyat marhaen bukannya kroni tertentu sahaja.

    Pemimpin yang baru tentunya dapat mengenengahkan idea yang baru untuk memantapkan lagi Pas di Perlis. Walaupun pandangan ini diberi oleh ahli biasa yang tidak ada jawatan penting dalam parti yang cuma membantu Pas di peringkat cawangan sahaja, tetapi saya sangat berharap supaya Pas Pusat dapat mengambil kira pandangan saya ini.

    Tujuannya cuma satu bagi memastikan Pas akan berkembang dengan lebih pesat lagi menjelang pilihanraya ke-13 nanti.

    Jika cadangan ini diterima oleh Pas Pusat, saya berharap Pesuruhjaya Pas Perlis yang baru akan melantik muka-muka baru dalam jawatan Dewan Harian. Janganlah diteruskan lagi dengan kroni yang ada sekarang. Wallahua’lam! Allahuakbar!!!

    Oleh:

    Ahli Pas Cawangan di Beseri Perlis

  • 16. hasbi..  |  May 22, 2008 at 6:32 am

    Assalamualaiku…w.r.t

    Terima kasih Dato’ kerana sudi membenrkan saya mmberi komen dan cdangan dlm ruangan ini. Saya meupakan seorg pljr IPT dan mmg aktif berpolitik,baik di kampus dan juga di luar..w/bgmnapun di luar sy hnya aktif di kmpung saya iaitu di ngri klantan,bukannya di kampus. Baru2 ni sy ada jg melihat sidang parlimen,sy setuju dgn tindkn ahli pmbngkang krn mnghkan soal AUKU. AUKU bkn shj menyshkan kehidupn kami sbg student malah hak kami juga terbatas..kawas saya telah dirampas komputer riba kerna gara2 meltkkan gambar Tok Guru di destopnya. Adakah itu adil..kenapa tdk dimansuhkan dan kalau xboleh saya mewakili pljr IPT meminta Dato’ usulkan langkah terbaik dan tlg jelaskan kepada pljr. Kami mahukan hak kami..kami tetap di belakang Tok Guru dan biarlah kelantan kekal dibawah pemerintahan Ulamak…Takbir !!!

  • 17. wan nasru ahmad  |  June 1, 2008 at 4:31 pm

    asm,
    apakah yang akan dilakukan oleh pucuk pimpinan pas terhadap kes yb wan ismail (adun melor) yang mana pada pendapat saya, beliau sudah tidak layak lagi menjadi wakil rakyat bagi kawasan saya.

    ianya amat memalukan dan ramai yang melihat perkara ini sepatutnya tidak berlaku dalam kerajaan pas kelantan. sudahlah dikahwini dengan anak dara muda 19tahun dan berasal dari kemboja pula. nasib baik siti aishah abdullah ini tidak convert balik kepada agama asal dia. kalau orang biasa yang jahil mungkin tak apa inikan pula orang yang dilihat sebagai pemimpin islam.lebih mendukacitakan lafaz cerai dibuat dengan membawa bakal isteri muda pula.

    oleh itu saya dan berberapa rakan saya tidak redha dunia akhirat kerana telah mengundi pemimpin yang salah. (pada pendapat saya orang ini dikira fasik)

    yang benar
    wan nasru ahmad
    019-9944531

    http://wan-nasru.blogspot.com

  • 18. Marzuki  |  June 11, 2008 at 4:18 am

    Salahuddin Ayub!!! Ur FAIL!!!!

  • 19. Marzuki  |  June 11, 2008 at 4:21 am

    pandangan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pada rancangan “Bersemuka” mengenai isu harga minyak bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahril Samad.

    MENGECEWAKAN!! KAKU!! TIADA HUJAH KUKUH!!!
    What Wrong ???PEMUDA PAS???

    MALU,MALU,MALU.

  • 20. nizam  |  June 17, 2008 at 5:26 pm

    Assalamualaikum yb
    Saya ingin bertanyakan yb berkaitan kenaikkan harga minyak dan juga harga barang.

    1. bagaimanakah harga minyak dunia ditentukan dan bagaimana
    petronas menetukan harga minyak di malaysia?
    2. Berapa literkah dalam satu tong?
    3. bagaimana pula keuntungan yang diperolehi oleh petronas
    melalui penjualan minyak tersebut? dan cara mana melaysia
    mendapat keuntungan sama ada cahs atauy melalaui sistem
    pertukaran.
    4. Boleh saudara yb terangkan bagaimana harga sesuatu barang
    dapat di kawal/dipantau atau ditentukan sedangkan pihak yang
    mengeluarkan telah mengira berapa kos pengeluaran barang
    tersebut.apa kuasa pasartan yang boleh menentukan harga

  • 21. jakub  |  June 19, 2008 at 9:36 am

    Salam tuan YB, berhubung dengan perdebatan YB bersama Dato Shahril tempoh hari, saya merasakan YB terlalu kurang memberikan tekanan kepada Dato Shahril. Hujah YB dirasakan terlalu lembut dan masih boleh dibalas dengan berkesan oleh Dato Shahril. ramai penontan merasakan perdebatan itu terlalu lemau…sila perbaiki di lain masa. terima kasih

  • 22. basharudin  |  June 21, 2008 at 4:32 am

    salam YB saya selalu mengikut perkembangan YB yang mana semasa sidang media YB bersama YBhg menteri dato Shahril memang mantap betul… takbir…. di sini saya nak bertanya tentang program untuk tingkatkan ekonomi belia islam kursus negeri yang kita takluki… saya adalah seorang usahawan ternakan bagai mana saya boleh membantu belia islam dan apa cadangan YB untuk kita bersatu memajukan umat kita dan agenda kita bersama supaya belia kita tidak terpisong dengan dunia keduitan yang banyak melalaikan suruhan ilahi….. bak kata (saya takingat siapa) kita berkerja macam nak hidup 1000 tahun dan beramal macam nak mati besok…. sekian salam.

  • 23. Megat Yet  |  July 7, 2008 at 4:44 am

    YB. Selamat berjihat kerana ALLAH untuk Islam dan kesejateraan umatnya. Jangan terikut dengan BN/UMNO yang sentiasa terbabas dan tergelincir daripada landasan Islam.

  • 24. basyir  |  July 8, 2008 at 6:35 am

    salam YB..
    saya merupakan merupakan pelajar IPTA yang selalu mengikuti perkembangan Parti Islam Semalaysia(PAS)…Saya juga meminati personaliti para pemimpin PAS yang amat sederhana…terumata sekali Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang merupakan idola saya..
    saya arap YB lebih berjaya dari sekarang hingga keakhir hayat dengan membawa mesej ISLAM UNTUK SEMUA..
    Saya sentiasa menyokong YB Di belakang dan Parti..
    Wasalam

  • 25. Che Jamel bin Jaafar  |  November 10, 2010 at 7:11 am

    Assalamualaikum YB.
    Saya ingin mengemukakan 2 cadangan untuk sdr suarakan didalam mesyuarat parlimen (Jika saudara fikirkan relevan):

    1. Cuti Haji untuk kakitangan kerajaan beragama Islam masih terhad kepada 40 hari, sedangkan masa yang di perlukan untuk mengerjakan haji adalah lebih lama (termasuk perjalanan pergi dan pulang). Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan dapat melanjutkan lagi cuti haji sekurang-kurangnya mengikut masa yang telah di tetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk setiap individu (Jadual rasmi dari Tabung Haji boleh di gunakan sebagai bukti).

    2. Tariff Letrik dan Air untuk Rumah Ibadat: Diharap sdr dapat bersuara supaya tariff letrik dan air untuk rumah ibadat dikurangkan sekurang-kurangnya separuh dari tariff letrik dan air awam. Ini adalah kerana rumah-rumah ibadat (terutama mesjid dan surau) hanya mengharapkan derma dari orang ramai untuk kos letrik, air, penyelenggaraan dll. Sehingga pernah saya dengar ada mesjid yang hampir di potong bekalan letriknya.

    Sekian, Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: