Pemuda PAS mahu kerajaan naikkan gaji polis

July 17, 2007 at 6:43 pm Leave a comment

Pemuda PAS mahu kerajaan meningkatkan kebajikan dan gaji anggota polis bagi memastikan pasukan keselamatan itu dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, pada masa ini gaji polis tidak setimpal dengan kadar kenaikan taraf hidup dan beba tugas serta tanggungjawab yang semakin mencabar.

“Gaji konstabel yang baru bertugas dalam lingkungan RM800 sebulan dan ini tidak cukup untuk hidup di Kuala Lumpur atau di beberapa bandar besar lain,” katanya.

Beliau berkata, gaji polis yang rendah ini boleh menjejaskan mutu perkhidmatan pasukan keselamatan tersebut.

Katanya, pada masa ini pasukan polis terpaksa berdepan dengan kekurangan pegawai penyiasat dan ini menyebabkan banyak kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan.

Kerajaan baru-baru ini menolak syor Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mahu pelarasan gaji anggota dilakukan.

Beban kewangan

Ketika menolak syor itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah berkata, jika pelarasan lebih 80,000 anggota polis dibuat ketika ini, kerajaan akan menanggung beban kewangan yang sangat besar.

Dalam pada itu Salahuddin berkata, Pemuda PAS telah menulis surat kepada Musa untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan penubuhan Suruhanjaya Penambaikan Salah Laku Anggota Polis (IPCMC).

Bagaimanapun, katanya sehingga ini pihaknya belum mendapat sebarang jawaban dari Bukit Aman mengenai pertemuan tersebut,

“Selama ini Pemuda PAS hanya membangkitkan perkara tersebut dalam persidangan Parlimen sahaja,” katanya lagi.

Beliau berkata, pendirian PAS ialah menyokong perlaksanaan IPCMC kerana ia boleh membendung salah laku dan rasuah di kalangan angotta polis. (Malaysiakin, 13/10/06)

Entry filed under: IPCMC, Polis. Tags: .

Joint Panel Meant To Expedite IDR Development, Says Abdullah 100,000 Pemuda PAS sedia sertai bantahan Putrajaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Paling Popular

Pelawat

  • 25,483 hits

%d bloggers like this: