Kes Nuri : Adakah Najib nak tunggu sehingga Rosmah terlibat? – Salahuddin

July 17, 2007 at 8:05 am 5 comments

KUALA LUMPUR, 16 Jul (Hrkh) – Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub meminta Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak menjelaskan adakah beliau mahu menanti sehingga isteri atau keluarganya terlibat dalam kemalangan ketika menaiki helikoper Nuri untuk mengambil tindakan menggantikan helikopter yang begitu banyak memakan korban itu.

“Apa maksud Najib bila beliau mendakwa Nuri masih boleh digunakan? Nak tunggu berapa orang terkorban? Atau nak tunggu sehingga (Datin Seri) Rosmah (Mansor) terlibat dalam kemalangan ketika menaiki Nuri baru hendak menggantikan helikopter pemangsa itu?” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, beliau amat marah dengan kenyataan Najib yang menyatakan kerajaan memang mempunyai rancangan untuk menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bagaimanapun bukan dalam tempoh terdekat ini.

“Ada (rancangan untuk menggantikan helikopter itu), tapi tidak serta merta sebab helikopter itu masih boleh digunakan,” kata beliau yang juga Menteri Pertahanan.

Salahuddin mempersoalkan, nahas demi nahas yang melibatkan Nuri bukan sahaja menyebabkan rakyat negara merasa amat malu, malah berada dalam ketakutan kerana tidak merasa yakin dengan tahap kemampuan pertahanan negara.

“Sepatutnya kerajaan serta menteri yang bertanggungjawablah merasa malu dan takut serta bertindak habis-habisan untuk melengkap serta mengemaskinikan peralatan serta kemampuan pertahanan negara.

“Tetapi, apabila menteri berkenaan sendiri menyatakan helikopter yang banyak memakan korban itu masih boleh digunakan, saya tidak yakin beliau mempunyai perasaan,” katanya.

Beliau seterusnya mempersoalkan, berapa banyakkah wang negara yang terpaksa dihabiskan “tak fasal-fasal” setiap kali Nuri terhempas?

“Setiap kali Nuri terhempas atau terlibat dengan kemalangan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memakan belanja, menteri nak pergi jenguk tempat kemalangan lagi banyak memakan belanja malah kalau nak disenaraikan satu-satu terlalu banyak,” katanya.

Salahuddin menyeru Najib supaya menghentikan tindakan membazirkan wang negara akibat menggunakan helikopter pembunuh itu dan lebih dari itu, “hentikanlah kenyataan-kenyataan” yang menyakitkan hati rakyat.

Bernama melaporkan, operasi SAR untuk mengesan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang telah memasuki hari keempat hari ini.

Operasi yang sehingga ini melibatkan 924 anggota SAR bermula pada 7 pagi ini dengan gerakan tumpuan pencarian diperluaskan melibatkan dua kawasan iaitu di kawasan berbukit di sini dan juga ke Ulu Yam, Selangor.

Operasi udara dan darat bagi mengesan pesawat Sikorsky S-61 dan enam krewnya yang hilang di sekitar kawasan ini sejak pagi Jumaat lepas adalah operasi menyelamat terbesar di negara ini sejak beberapa tahun lepas melibatkan pelbagai pihak berkuasa dan penggunaan lebih 15 buah helikopter dan kapal terbang.

Operasi tinjauan udara itu turut dibantu oleh Tentera Laut Amerika Syarikat yang menghantar pesawat “Sea Hawk”nya selain penggunaan helikopter peribadi Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah serta helikopter unit udara polis dan bomba.

Bagi operasi di darat, ia melibatkan pasukan Komando VAT 69, Pasukan Khas Udara (Paskau), pasukan gerakan khas tentera darat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), pasukan Senoi Praaq terdiri Orang Asli yang terkenal dengan kecekapan menjejak serta bantuan penduduk sekitar.

Sepanjang tiga hari lepas, anggota operasi SAR di udara menghadapi kesukaran untuk menjejak pesawat itu berikutan jarak penglihatan terhad disebabkan kabus tebal dan diikuti hujan dan angin kencang.

Operasi di darat juga menghadapi masalah apabila bentuk mukabumi kawasan itu menghalang anggota untuk bergerak pantas apabila mereka berdepan dengan hutan tebal yang berbukit dan bercuram.

Selain itu anggota penyelamat juga tidak menerima sebarang isyarat daripada helikopter itu menyebabkan sistem satelit tidak boleh digunakan.

Sekiranya tiada sebarang perkembangan positif menjelang tengah hari ini, jumlah anggota SAR bagi penyelamatan di darat juga akan ditambah, dan yang terbaru sebanyak 50 anggota tentara darat dari Pulau Pinang sedang bersiap sedia untuk membantu.

Difahamkan, enam pegawai dan anggota TUDM yang hilang bersama helikopter itu mampu bertahan untuk tempoh enam hingga lapan hari dengan sumber makanan di hutan.

Semasa kejadian, pesawat Nuri dipandu oleh juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi dan pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof membawa bersama Sjn Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara), Sjn Mohd Azmie Md Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad.

Pesawat dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan apabila dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira 9.35 pagi Jumaat, kira-kira 10 minit setelah berlepas. (Harakahdaily,  16/7/07)

 

Entry filed under: Najib Tun Razak, Nuri, TUDM. Tags: .

Dewan Rakyat : Conference cancelled due to PM’s absence

5 Comments Add your own

  • 1. The Blue Monster  |  July 18, 2007 at 4:32 am

    Bila pemimpin and menteri tidak bermaruah, negara akan turut terjerumus di lembah hina. Bila menteri tidak bertanggungjawab, rakyat merana. Macam mana pulak menteri berkata rakyat tidak sepatutnya menghina beliau? Rasuah berleluasa di tanah air tercinta, rakyat huru-hara, negara tak aman, gelaja dadah bermaharajalela, rakyat berbilang kaum berselisih faham akibat fitnah pemimpin yang tak sopan.

  • 2. The Blue Monster  |  July 18, 2007 at 4:38 am

    Setiap kali helikopter Nuri terhempas atau terlibat dengan kemalangan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memakan belanja yang besar. Yang paling sedih ialah, Menteri Pertahanan tak pernah pergi untuk menjenguk tempat kemalangan. Itukah maksud pemimpin yang prihatin? Itukah maksud pemimpin yang bertanggungjawab? Itukah maksud pemimpin yang sayangkan rakyat? Itu pemimpin yang tak tahu malu. Itu pemimpin yang tak sayang rakyat. Itu pemimpin yang tahu jaga poket sendiri. Itu pemimpin yang tahu makan rasuah.

  • 3. nurulhudajohari  |  December 23, 2007 at 5:19 am

    please be more responsible, sir najib razak..

  • 4. azam  |  April 29, 2008 at 1:16 pm

    nak beli peralatan ketenteraan ni tak leh terburu-buru, setiap tahun teknologi berganti dengan pantas. Maknanya kita perlu membuat kajian dengan teliti.. Cuba bayangkan kiranya kita membeli peralatan yang tidak berkualiti, rakyat juga mengeluh nanti.. untuk membeli peralatan pertahanan ni menelan kos yang tinggi.. jangan dah beli baru nanti, takde siapa pula nak kendali sebab tentera kita tak ada pengetahuan tentang teknologi tu.. Dengan itu, kita kena melatih tentera kita dengan teknologi yang terbaru, baru kita beli.. hah, barulah berguna apa yang kita beli tu..lambat sikit takpe,asal bermanfaat.

  • 5. HAFIZ - BUGIS SELANGOR  |  June 30, 2008 at 4:22 am

    SAYA MULAKAN PANDANGAN SAYA DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. YB, SAYA ADALAH SALAH SEORANG PEMUDA MUSLIM YANG TELAH MENGUNDI PAKATAN RAKYAT DUA KALI BERTURUT-TURUT DI PARLIMEN AMPANG. YB, SENARIO KINI MENYAKSIKAN BANYAK HAK-HAK ORANG MELAYU YANG SEMAKIN TERHAKIS YANG LANTANG DIBANGKITKAN OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU SAMA ADA IANYA BENAR ATAUPUN PROPAGANDA.. ALLAH MAHA MENGETAHUI. TERKINI ISU LIWAT DSAI TELAH MENGHANGATKAN LAGI SENARIO POLITIK NEGARA DAN SAYA LIHAT IA TELAH BERJAYA MENENGGELAMKAN ISU YANG MEMBABITKAN NASIB GENERASI MELAYU AKAN DATANG SEPERTI PEMBAHAGIAN STATUS TANAH SELAMA 999 DI PERAK, KESAKSAMAAN DALAM PEMBAHAGIAN EKONOMI DI PENANG TANPA MELETAKKAN KEADILAN PADA YANG HAK, RANCANGAN UNTUK MENUKAR HAKMILIK KEKAL TANAH DI PENANG YANG BOLEH MENYEBABKAN HARGA TANAH MELAMBUNG SEKALIGUS AKAN MEMINGGIR ORANG MELAYU PENANG YANG SEDIA TERPINGGIR, KEBERANIAN BAR COUNCIL MENGANJURKAN FORUM KETUANAN MELAYU, KEBIADAPAN NAWAITU DAN FIKRAH KARPAL SINGH KE ATAS DULI YANG MAHA MULIA TUANKU DAN PELBAGAI LAGI TUNTUTAN GILA OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU YANG TELAH MENYEBABKAN DARAH ORANG-ORANG MELAYU SEMAKIN MENYIRAP DAN TUNGGU MASA UNTUK MELETUP. SAYA DI SINI TIDAK SAMA SEKALI BERNIAT UNTUK BERSIFAT PERKAUMAN ATAUPUN PARTISAN, TETAPI SAYA MEWAKILI MAJORITI SUARA GENERASI MUDA MELAYU YANG BERASA AMAT SEDIH DENGAN KELEMAHAN PIMPINAN MELAYU YANG MEMERINTAH NEGARA SEKARANG DAN MUAK DENGAN TAKTIK MELAMPAU OLEH PEMIMPIN MELAYU DARI PIHAK PEMBANGKANG YANG BANYAK MERUGIKAN BANGSA KITA…SAYA BENAR-BENAR TIDAK FAHAM KENAPA KITA SANGGUP BERCAKARAN SEDANGKAN KITA TAKBIR YANG SATU APABILA KITA MENUNAIKAN SOLAT DAN SAMA-SAMA MENGUCAP SYAHADAH. PIHAK PAS SERING MENGIMBAU SEJARAH PENGKIANATAN UMNO SEMASA PAS BERGABUNG DENGAN UMNO, KISAH PILIHANRAYA SEPERTI TAHUN 1964 DAN PELBAGAI KEJAHATAN YANG MEREKA LAKUKAN PADA MASA LAMPAU. SAYA MENYOKONG PENUH JIKA KITA SERING BERPEGANG PADA SEJARAH SEBAGAI PANDUAN MASA AKAN DATANG TAPI JANGAN KITA LUPA BAHAWA ORANG YANG SERING DIKAITKAN TELAH TIADA DIMUKA BUMI INI DAN UMNO SEKARANG TELAH DIGANTIKAN DENGAN MANUSIA YANG BARU. TOK GURU SERING MENGATAKAN UMNO ADALAH PARTI KEBANGSAAN YANG MENYESATKAN, SAYA HORMATI PANDANGAN BELIAU SEBAGAI MUSLIM YANG NON PARTISAN. BAGI PANDANGAN SAYA YANG KURANG ILMU AGAMA INI, PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH MENETAPKAN WAJIB ISLAM BARULAH TERGOLONG INSAN ITU SEBAGI MELAYU. INGATLAH YB, JANGAN KITA LUPAKAN PERCATURAN DAN PENGKIANATAN BANGSA-BANGSA LAIN DI MALAYSIA INI UNTUK MENGUKUHKAN SURVIVAL MEREKA DARI MERDEKA SEHINGGA SEKARANG (JATUHNYA MELAKA KERANA FAKTOR2 SEPERTI PENGKIANATAN NINA CHATU DAN PEMBELOTAN ORANG CINA TERHADAP SULTAN MELAKA, SIKAP KURANG AJAR PEMIMPIN PAP YANG MANA SERPIHANNYA KINI DAP) . SAYA PERCAYA SEKIRANYA DATUK SAYA BERHIJRAH MEMBAWA SANAK SAUDARA KAMI MENETAP DI CHINA ATAUPUN INDIA HATTA SINGAPORE 50 TAHUN DAHULU, SAYA PADA MASA KINI TIDAK BERANI ATAUPUN BERUPAYA UNTUK MENUNTUT HAK DAN SEMARATAAN BAGI NASIB ORANG MELAYU DI NEGARA-NEGARA TERSEBUT. SAYA BERPENDAPAT, SUDAH TIBA MASANYA GOLONGAN PEMUDA MELAYU YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI LATARBELAKANG UNTUK BANGUN BAGI MENUNTUT HAK KITA SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN ARTIKEL 153 KERANA ARTIKEL INI YANG TELAH DIGUNAKAN BAGI MEMPERJUDIKAN NASIB ORANG-ORANG MELAYU GENERASI KINI SEMASA RUNDINGAN KEMERDEKAAN DAHULU. YB, SAYA MERAYU UNTUK KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA KITA AGAR CARILAH JALAN PENYELESAIAN UNTUK BERSATU KERANA KITA SAMA-SAMA MENGUCAP SYAHADAH DAN KITA TIDAK TAHU SAMA ADA SI JALANG ATAUPUN ORANG YANG ARIF ILMU AGAMA DAN MEMAKAI SERBAN YANG AKAN MENDIAMI SYURGA FIRDAUS. ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR !!!ALLAHU AKBAR!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Paling Popular

Pelawat

  • 25,483 hits

%d bloggers like this: