100,000 Pemuda PAS sedia sertai bantahan Putrajaya

July 17, 2007 at 6:50 pm 9 comments

Pemuda PAS sedang menunggu arahan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghantar 100,000 ahlinya ke Putrajaya untuk mengadakan bantahan mengenai kepincangan demokrasi di negara ini, kata Ketuanya, Salahuddin Ayub.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pemuda PAS kini dalam keadaan siap sedia dan mereka boleh dihantar pada bila-bila masa sahaja ke Putrajaya.

“Jika hari ini Abdul Hadi mengarahkan Pemuda PAS mengadakan bantahan di Putrajaya, hari ini juga kita akan mengadakan bantahan di sana.

“Kita perlu menghantar isyarat kepada kerajaan bahawa demokrasi di Malaysia berada dalam tahap yang buruk dan memalukan,” katanya.

Sehubungan itu, ketika dihubungi semalam, Salahuddin berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat bulanan PAS di ibu negara Sabtu ini.

Beliau mendakwa kerajaan menggunakan demokrasi yang mereka tentukan sendiri dengan menekan rakyat dan pembangkang untuk memastikan mereka terus berkuasa.

“Kerajaan telah menggunakan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), menggunakan polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk kepentingan politik mereka.

PAS Kelantan sokong

“Dengan perkataan lain, demokrasi Malaysia ditentu dan dikuasai oleh kerajaan yang memerintah dan bukannya untuk kepentingan rakyat terbanyak,” katanya.

Katanya, ketika negara- negara lain sedang sibuk menyuburkan demokrasi, Kerajaan Malaysia pula menggunakan pilihanraya untuk menutup kepincangan yang berlaku berlaku dalam demokrasi negara ini.

“Kami tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia akan membawa kerosakan yang lebih teruk kepada rakyat dan negara ini,” katanya.

Salahuddin berkata, semua pihak, termasuk bukan ahli PAS, perlu ikut serta sebagai tanda sokongan kepada usaha memulihkan demokrasi di dalam negara ini.

Pendapat itu turut disokong Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang berkata, bantahan tersebut perlu kerana kerajaan sedia ada hari ini merupakan gabungan antara demokrasi dan kuku besi.

“Ahli PAS Kelantan sanggup turun ke Putrajaya untuk berkumpul di depan Pejabat Perdana Menteri bagi menggesa kerajaan memulihkan demokrasi di negara ini,” katanya. (Malaysiakini, 7/6/07)

Entry filed under: Demokrasi, ISA, OSA, Protes, SPR. Tags: .

Pemuda PAS mahu kerajaan naikkan gaji polis Sudah pindah!

9 Comments Add your own

  • 1. Anak_Asia  |  May 1, 2008 at 5:37 am

    If Dato Seri Anwar Ibrahim became the 6th Malaysian PM, who should be his deputy ?

    Vote now at sonofpenang.blogspot.com

  • 2. iskandar  |  May 26, 2008 at 12:20 am

    Assalamualaikum,

    MUAR, 25 Mei (Hrkh) – PAS Johor merasa amat dukacita dan kesal di atas kegagalan Kerajaan Malaysia mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Puteh sehingga pulau berkenaan terlepas ke Singapura.

    “Insiden malang yang sangat mengaibkan seluruh rakyat negara ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya Menteri Luar sebelum ini iaitu, Tan Sri Syed Hamid Albar, benar-benar komited dalam menangani isu ini.

    “Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan Pulau Batu Puteh ini kepada Singapura membuktikan betapa tidak bersungguhnya menteri ini menjalankan tugasnya sebagai menteri luar, kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Muhamad, di sini.

    Sebelum menunding jari kepada orang…
    Kenapa peguam PAS,PKR dan DAP yang paling bijak dalam perundangan tidak menawarkan diri untuk membantu dalam kes BATU PUTIH? Jangan berbohong kalau beritahu kamu ada menawarkan khidmat untuk berkerjasama ALLAH murka.Kalau tak tahu apa-apa jangan buka mulut kerana akan menimbulkan fitnah. Jangan semata-mata politik kamu memperdagangkan maruah islam.

    Saya syorkan siapa yang buat statement ini bertaubat.

    dari muslimin hamba allah yamh kerdil lagi hina.

    wassalam

  • 3. iskandar  |  May 26, 2008 at 12:31 am

    KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) – Kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa soal pakaian seragam sekolah pelajar perempuan bukanlah punca peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar dibidas Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh.

    Nuridah menyatakan bahawa sesuatu kejadian itu terutama yang melibatkan maksiat ataupun jenayah seks tidak akan berlaku sekiranya tidak melibatkan kedua-dua pihak atau keadaan sekekeling yang mengundang kepada perbuatan tidak senonoh itu.

    “Pintu ransangan itu mestilah ditutup terlebih dahulu sebagai langkah awal kerana sudah jelas bahawa pakaian yang menjolok mata seperti pakaian seragam sekolah yang nipis dan telus (transparent) mengundang nafsu orang lain melihatnya.

    “Saya harap Hishamuddin merujuk kepada panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan seweang-wenangnya malah mesti dilihat mahu membuat perubahan demi keselamatan pelar-pelajar sekolah khususnya perempuan,” katanya

    Beliau juga mahu ibu bapa dan guru-guru di sekolah menjadi contoh dan menegur para pelajar agar berpakaian lebih tertib bahkan mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah.

    Sungguhpun begitu, beliau tidak mahu perubahan drastik dilakukan ke atas pakaian seragam sekolah hanya tertumpu kepada warnanya sahaja kerana bimbang akan timbul pula isu pembaziran dan ketidakmampuan ibu bapa menukar pakaian baru.

    “Adalah lebih baik pakaian putih itu tebal sedikit daripada biasa dan bagi pelajar Islam diwajibkan memakai tudung labuh kerana jika sekadar menukar warna tetapi masih lagi dilihat susuk tubuh dan nipis, isu ini tidak selesai,” katanya memberi saranan. – mns

    Untuk pengetahuan Noridah pakaian pelajar sekolah perempuan dari dahulu sebenarnya tidak ada masalah apa-apa pun. Adakah di Malaysia dan khususnya di kelantan terjadi banyak kes rogol dikalangan budak sekolah semasa mereka disekolah,dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah?? Jawapan nya adalah tidak.
    Disini adalah penting kita umat islam wajib kepada siapa yang mampu buka lah perniagaan dan bekallah pakaian sekolah yang tidak nipis dan tidak lutsinar.. kalau cakap sahaja tanpa menunaikan tanggungjawab fardu kifayah berdosa kan terutamanya sebagai seorang pemimpin. Ingat bahawa sekarang hampir 95% pelajar perempuan pakai tudung jadi buat lah perniagaan untuk pakaian tebal untuk pelajar sekolah.
    Saya sedih kerana masih ramai lagi pemimpin PAS masih mengeluarkan kenyataan mengkritik tanpa memberi jalan penyelesaian.

    wassslam

  • 4. Jusoh  |  May 29, 2008 at 2:43 pm

    Singapore cars are stealing our limited fuel resources and our Govt is doing nothing.The issue of subsidising fuel for foreign vehicles is very dear to the heart of Malaysian.To make issue simple just allows Singaporean to refuel after Kota Tinggi,Kulai,Pontian or Air Hitam.

    Only then genuine tourists won’t be affected. Unlike the parasites who top up at night in Johor Baru & U-turn home.They aren’t tourist but parasites taking advantage over our kind hospitality.

    Each night they queue at our petrol kiosk to top up fuel and each top up is approx RM100 or $42 that mean every top up Malaysia subsidised them $58 or RM130. With a modified fuel gauge activated with a remote control device the parasites from Spore have foooled their ICA into believing that their vehicles are leaving Spore with 3/4 tank of fuel.

    You can get this remote control device in JB for RM260. Are we going to protect the interest of a few petrol stations owners in JB at the lost of a nation.This is why our policy has always failed as we’re protecting the interest of the business community and forgotten the interest of the majority.

    We benefit from tourists but not from those who refuel & U-turn,as its benefit pump station owners..Stop subsidising them as with their state of art equipments how could they not know that their Spore registered cars are leaving Singapore with reserve tank and the meter shows 3/4 tank.

  • 5. ISKANDAR  |  June 6, 2008 at 1:41 am

    Assalamualaikum ,

    Saya perlukan komen SAUDARA berkenaan artikel di bawah.Harap SAUDARA dapat emailkan komen saya di Ketam761@yahoo.com. berkenaan apakah peranan PAS dalam hal ini dan kenapa tidak ada Pemimpin PAS yang tampilkan diri mempertahankan AGAMA SUCI ISLAM ini?? dan kenapa PAS masih sanggup bersekongkol dengan parti yang jelas tidak menghormati ASAS AJARAN SUCI ISLAM dan UNDANG-UNDANGNYA??

    Semoga ALLAH selamatkan kita daripada orang yang buta hati.

    wassalam
    ———————————–
    Bagai “api dalam sekam ” antara tuntutan IFC dan Gereja Katolik

    Sepertimana yang kita tahu antara tuntutan IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah :

    • Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. • Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang. • Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil. • Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim. • Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang. • Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak. • Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam. • Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam. • Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suci Islam. • Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka.

    Gerakan anti-Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November 2007 tahun lalu ( perhimpunan BERSIH ) jelas didalangi oleh IFC ( INTERFAITH COMMISSION ) .

    1. ) IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.

    2. ) Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.

    3. ) Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.

    4. ) Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebasan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.

    5. ) 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemimpin Islam menarik diri.

    6. ) Januari 2005 deraf undang-undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

    Matlamat : 7. ) Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.

    Implikasinya : 1. ) Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma- norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia. 2. ) Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad. 3. ) IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam.

    Yang menariknya pada perhimpunan 10 November 2007, gerakan yang bertopengkan parti politik ini berjaya mengheret bersama Presiden Pas Ustaz Abdul Hadi Awang termasuklah Anwar Ibrahim. Yang menjadi persoalan sekarang adakah Pas dan PKR terlibat sama dalam gerakan ini. Adakah Ustaz Abdul Hadi, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin sanggup menjadi pengkhianat kepada umat Islam Malaysia. Banyak persoalan yang timbul semasa perhimpunan itu diadakan yang perlu difikirkan oleh ahli-ahli Pas dan PKR. Antaranya adalah:

    1. ) Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar counsil terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan peguam dibawah pimpinan Sivarasa Rasiah yang melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap. 2. ) Gabungan parti pembangkang dengan kumpulan anti Islam seperti IFC ( Interfait Commision ) perlu dipersoalkan. IFC telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR. 3. ) Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam perhimpunan itu. 4. ) Kenapa Nik Aziz Mursyidul Am tidak turun berdemonstasi bersama BERSIH? Adakah Nik Aziz telah tahu perhimpunan itu gagal? 5. ) Husam Musa hanya duduk dalam masjid negara. Kenapa tidak berfungsi dengan baik? 6. ) Orang Islam sambut pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di masjid negara. Sejak bila kedua-duanya menjadi Ustaz Pas.

    Mengapakah pemimpin-pemimpin Pas dan ahli-ahlinya berdiam diri mengenai isu tuntutan IFC ini. Dimanakah fatwa-fatwa pemimpin Pas apabila mereka mengetahui yang IFC telah mencabar kewibawaan Agama Islam itu sendiri. Adakah mereka sendiri bersubahat? Bila berdepan dengan UMNO mereka sanggup mereka-reka pelbagai fatwa dengan matlamat untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam didalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud didalam PKR. Adakah semua umat Islam diMalaysia sanggup melihat apabila ada bangsa lain mempersenda dan memperkotak-katikkan Agama Islam itu sendiri. Sanggupkah kita berdiam diri untuk melihat masa depan anak cucu kita terumbang-ambing apabila dalang-dalang ini berjaya didalam tuntutan mereka. Yang sedihnya adalah apabila ada antara umat Islam itu menjadi duri didalam daging.

    Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam mengambil kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Yang terbaru apabila pihak Gereja Katolik berjaya didalam tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mingguan Herald – The Catholic Weekly. Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan untuk peristiharan penggunaan kalimah “ Allah ” dalam penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada agama Islam.

    Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu menggunakan nama yang sama dengan Agama Islam. Tak ke janggal nama nya. Tidak ke pihak gereja katolik tahu yang Agama Islam adalah ugama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa umat Islam Malaysia berdiam diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama “ Allah “, Tuhan yang maha esa. Dimanakah anda pejuang-pejuang Islam tidak kira dari parti politik mana pun. Tidak kira apapun tuntutan mereka samada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu utuh ditanah air kita, sama-sama lah kita bersatu menentang apa jua bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini.

    June 5, 2008 6:35 PM

    Disamping memperjuangkan perjuangan POLITIK saya tidak nampak KESUNGUHAN PAS memperjuangankan Ajaran ISLAM untuk mematahkan desakan dan cabaran kafir depada AJARAN ISLAM..

  • 6. muhammad  |  June 9, 2008 at 9:29 am

    YB, difahamkan YB akan berdebat esok dengan menteri di rtm. Harap yb dapat bertanya soalan tentang perkara yg saya tidak fahami.

    Pertama mengapakah harga minyak kepada rakyat malaysia dikatakan sebagai subsidi tetapi kepada warga asing setelah penarikan balik larangan jualan minyak di sempadan dikatakan diskaun? Kedua sebagai negara pengeluar minyak adakah kos pengeluaran minyak bertambah menyebabkan kenaikan harga? Jika tiada pertambahan adakah petronas akan tetap untung walaupun menjual minyak kepada rakyat sendiri pada harga usd50 per barrel? Ketiga kenapa di depan pelabur asing tpm najib serta menteri kewangan kedua berbangga mengatakan malaysia akan lebih beruntung jika harga minyak dunia naik serta ekonomi negara akan lebih mantap kerana setiap kenaikan usd1 per barrel akan memberi keuntungan usd200 juta, tetapi di depan rakyat sendiri mengatakan kerajaan tidak dapat menanggung subsidi? Keempat dari rm56 billion yang dikatakan subsidi mengapakah tidak ditarik balik subsidi kepada ipp yang berjumlah hampir rm36 billion? Berapakah keuntungan ipp dari harga subsidi ini dengan perjanjian berat sebelah dgn tnb dan berapakah pula agaknya kerugian rakyat? Kelima tentang kerugian penjualan minyak di sempadan adakah lebih baik jika setiap kenderaan yang masuk ke negara ini diwajibkan mebayar levi kemasukan seperti dilakukan singapura berbanding pengharaman penjualan minyak?

    Sekian

  • 7. ali sayaf  |  June 18, 2008 at 4:20 pm

    sebok mencari kesalahan orang lain…
    kalau kita nak mencari kesalahan orang lain,sudah tentu kita akan namak.. tapi cuba lihan dari sudut yg berbeza.. pandang diri sendiri,,,adakah anda juga betol??????
    hanya berdiam diri apabila selangor akan mendapat kandang babi???

  • 8. ISKANDAR  |  June 19, 2008 at 9:23 am

    Apa hukum orang-orang PAS berkerjasama dengan DAP dan PKR??

    Kalau UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC hukumnya orang-orang UMNO kafir, jadi apakah HUKUM bagi orang-orang PAS??

    Rujuk kenyataan YB Hj Abdul Hadi

  • 9. Haziq  |  June 26, 2008 at 10:18 am

    Shahrul Haziq Abd Rahman
    Shah Alam, Selangor
    eMail : airmataselangor@gmail.com

    25 Jun 2008

    Kepada

    YB Datuk Dr. Hassan Ali
    PENGERUSI J/KUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM,
    ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
    PEJABAT AHLI MAJLIS MESYUARAT
    KERAJAAN NEGERI SELANGOR,
    TINGKAT 2, BANGUNAN SSAAS,
    40503 SHAH ALAM
    eMail : HASANALI@SELANGOR.GOV.MY

    YB Datuk Dr ;

    SURAT TERBUKA BUAT YB. DATUK DR. HASSAN ALI.

    Salam buat YB Datuk Dr. diharap dalam lindungan Allah di pelihara semangat juang yang tinggi.

    Sejak kebekangan ini ada banyak desas desus yang kedengaran berkaitan nama YB Datuk Dr Hassan Ali yang agak kurang enak didengari. Cerita ini mungkin timbul ekoran ketidaksenangan teman – teman BN terhadap sokongan rakyat terhadap kejayaan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan jayanya dan kegusaran mereka jika Kerajaan Pakatan Rakyat benar – benar berjaya dibentuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan yang PAKATAN yang lain.

    Persoalan ini seolah terawang awang dikalangan penyokong PAKATAN dan rakyat Selangor dan ia amat bahaya jika dibiarkan dan mungkin menjadikanya fitnah yang tidak baik pada sosok YB Datuk Dr. dan masa depan PAKATAN juga. Mungkin YB Datuk Dr. tidak punya ruang dan alasan untuk menjawab khabar angin. Saya rasa kehadiran surat terbuka ini memberikan YB Datuk Dr. ruang untuk menjawab antara khabar angin yang bertiup itu.

    1. soalan pertama benarkah selepas keputusan 8 Mac 2008 diumumkan YB Datuk Dr. Hassan Ali bersungguh – sungguh untuk menempatkan diri sebagai MB Selangor ? Kesungguhan ini sehinggakan YB Datuk Dr. turut mengadakan pertemuan dengan pemuka Umno untuk membincangkan jawatan MB juga beberapa kali naik turun Istana dalam cubaan mempengaruhi DYMM Sultan Selangor ?

    2. Ramai yang mengatakan YB Datuk Dr. Hassan Ali terlibat untuk menghantar maklumat beberapa perkara yang YB Datuk Dr. tidak puas hati kepada Ezam Md Nor. Jika tidak secara lansung ia dihantar secara tidak lansung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. Malah selepas berita ini muncul dan beberapa pimpinan bertanya kepada YB Datuk Dr. dan oleh kerana rasa tertekan sekali lagi secara lansung atau tidak lansung tetapi dalam pengetahuan YB Datuk Dr. memaklumkan kepada Ezam betapa YB Datuk Dr. tertekan dan kononya ini boleh dijadikan bukti bahawa PAKATAN berpecah kerana kononya tidak percaya kepada YB Datuk Dr. Benarkah ?

    3. Ada yang mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak bersama dengan dengan Kerajaan Selangor dalam cubaan menyelesaikan isu air. YB Datuk Dr. sering mengatakan bahawa YB Datuk Dr. tidak mengetahui apa-apa tentang air Selangor dan diketepikan dalam hal menyelesaikan pemberian air percuma. Malah YB Datuk Dr. turut memaklumkan kepada beberapa pimpinan PAS bahawa betapa kerajaan negeri mengenepikan dan tidak menghormati PAS dalam banyak keputusan. Namun mengikut maklumat yang diperolehi, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), anak syarikat Kerajaan Negeri yang memainkan peranan penting menyelamatkan maruah PAKATAN dalam isu air telah sekurang kurangnya dua kali mengadakan pembentangan mengenai isu air ini kepada exco Kerajaan Negeri Selangor, malah berdasarkan maklumat kami ada perkara yang YB Datuk Dr. bangkitkan jelas kelihatan memihak kepada Puncak Niaga (Tan Sri Rozali Ismail).

    4. Malah dalam isu air ini juga dilaporkan ada pertemuan YB Datuk Dr. adakan dengan Tan Sri Rozali Ismail atau pihaknya tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri. Benarkah ?

    Tidakkah YB Datuk Dr. tahu betapa Tan Sri Rozali ini ialah agen kapitalis Bn, yang mengaut keuntungan dari dasar penswastaan yang menzalimi rakyat. Dia merupakan kawan rapat malah ada yang mengakatan dia ialah proksi Senator Muhammad Muhd Taib. Dia juga ialah penipu besar yang telah memperdayakan peneroka Sungai Buaya yang sehingga kini kes tanah penduduk Sungai Buaya terbiar tanpa penyelesaian.?

    Harap YB Datuk Dr. dapat menjelaskan beberapa perkara yang dinyatakan diatas. Saya amat mengharapkan bahawa khabar – khabar angin ini merupakan khabar palsu dan tidak punya asas. Namun saya menulis surat ini memohon penjelasan apabila setelah saya sendiri siasat terdapat sedikit keraguan untuk menafikan kesemuanya terus.

    Kemungkinan penafian sumpah atas nama Allah dan kenyataan YB Datuk Dr. bahawa YB Datuk Dr. juga berikrar untuk terus bersama dengan aspirasi PAKATAN dalam merialisasikan kerajaan PAKATAN yang benar mampu berkhidmat untuk rakyat Selangor dan mungkin PAKATAN peringkat pusat jika perancangan pengambil alihan diizinNya.

    Akhirnya janganlah YB Datuk mengaanggap saya menyerang peribadi tetapi ini ialah cetusan kegusaran saya yang setiap hari dihentam persoalan dari kawan – kawan yang selama ini saya kempen habis habisan. Selepas ini saya juga ingin meminta penjelasan daripada YB Teresa Kok kerana timbul desas desus bahawa beliau ada ‘mendesak’ sebuah syarikat kenalanya untuk mendapat hak membekalkan meter air kepada rakyat Selangor jika siasatan lanjut saya mendapati ada keraguan untuk menafikan sepenuhnya khabar angin itu.

    Sekian dan salam perjuangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Paling Popular

Pelawat

  • 25,483 hits

%d bloggers like this: